GELAGAT lucu ’super hero’ Keluang Man II bakal menemui semula peminat di saluran Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada pertengahan tahun ini selepas hampir 10 tahun tidak muncul di kaca televisyen.
Walaupun pada peringkat awal siri animasi Keluang Man memperlihatkan kekurangan dari segi perkembangan watak, jalan cerita, aksi dan rekaan animasi yang ketika itu hanya menggunakan teknologi 2D, siri itu tetap berjaya meninggalkan kesan mendalam di hati penonton sehingga diulang tayang di TV9 pada 2008.
Namun, kali ini Keluang Man II menampilkan pembaharuan dari segi kualiti animasi apabila pembikinannya dibuat melalui kerjasama antara KPerak Implementation and Coordination Corporation (Kperak) dan syarikat Aspati (M) Sdn Bhd (Aspati).
Melalui program Inisiatif Pembangunan Kandungan Multimedia Kreatif (CMC) kedua-dua pihak berkenaan berjaya menghidupkan kembali watak Keluang Man, watak hero pembela manusia sejagat.
Di bawah studio animasi KPerak-Aspati, sebanyak 52 episod siri animasi Keluang Man II sedang dan akan disiapkan menggunakan teknologi terbuka 3D (open source 3D) sepenuhnya bagi memberi pembaharuan menarik dalam penghasilan karakter animasi terbabit.
Pengarah Projek Animasi Projek Animasi Keluang Man II, Faharul Radzi Lon, berkata anggaran kos bagi setiap episod selama 30 minit berjumlah RM20,000 dan ia amat rendah kerana menggunakan aplikasi sistem teknologi terbuka 3D.
Sunday, December 19, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ang pelakon utama ka? haha.. da lama tinggai da menda nie :P
ReplyDelete